.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 19, 2010

0 Orang ini pula yang menembak Pope John Paul?

Sumber: BH:

Turki bebas lelaki tembak Pope




Mehmet Ali Agca



ANKARA: Lelaki Turki yang menembak pemimpin Vatican, Pope John Paul II, pada 1981 dibebaskan dari penjara, semalam, menghabiskan masa hukuman atas jenayah yang dilakukannya di sini.

Mehmet Ali Agca yang dipenjara lebih 29 tahun melambai wakil media ketika meninggalkan penjara dalam kenderaan sedan biru dengan konvoi beberapa kenderaan.

Dia dibawa ke kem tentera sebelum ke hospital untuk diperiksa kerana diwajibkan menyertai perkhidmatan tentera.




Satu laporan hospital tentera 2006 menekankan, Mehmet tidak layak berkhidmat dalam tentera kerana ‘mengalami gangguan personaliti antisosial yang teruk.’

John Paul II bertemu Mehmet di penjara Rebibbia, Itali pada 1983 dan memaafkannya. Motif serangan masih tidak diketahui. - AP

0 comments: