.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, January 21, 2010

0 Kisah kejayaan pungutan filem AVATAR? Mari muhasabah diri untuk filem Malaysia? Atau filem Sabah?

Sumber: UM:

Avatar lepasi AS$500 juta
LOS ANGELES 20 Jan. - Filem epik cereka sains, Avatar melonjak melepasi angka AS$500 juta (RM1.7 bilion) dalam pungutan box office di Amerika Utara pada hujung minggu lalu, meneruskan kemaraannya ke arah mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah.

Filem sensasi tiga dimensi arahan James Cameron itu mengaut sejumlah AS$54.4 juta (RM185 juta) lagi pada cuti hujung minggu termasuk hari cuti memperingati tokoh hak sivil Amerika Syarikat (AS), Martin Luther King, menurut Exhibitor Relations yang menjejaki pungutan box office, semalam.

Avatar mengutip lebih AS$1.6 bilion (RM5.44 bilion) di seluruh dunia sejak mula ditayangkan dan dijangka mengatasi filem arahan Cameron pada 1997, Titanic yang masih memegang rekod box office tertinggi dalam sejarah dengan pungutan AS$1.8 bilion (RM6.12 bilion).

Di Amerika Utara, Avatar memperoleh AS$504.9 (RM1.72 bilion) dalam tempoh 32 hari sahaja, dan kini berada di tangga ketiga selepas filem siri Batman pada 2008, The Dark Knight yang mengaut AS$533.3 juta (RM1.81 bilion) dan Titanic dengan AS$600.8 juta (RM2.04 bilion).

"Sekarang sudah mula nampak pasti, rekod akan tumbang. Cameron akhirnya akan menenggelamkan kapalnya sendiri," kata ketua penganalisis Exhibitor Relations, Jeff Bock dengan merujuk kepada Avatar semakin menghampiri rekod Titanic.

Beliau berkata, pungutan box office itu sudah tidak lagi menepati demografi biasa.

"Orang yang lazimnya tidak akan menonton filem cereka sains atau filem tiga dimensi mahu menonton Avatar kerena mereka tidak mahu ketinggalan.

"Ia juga menarik penonton untuk kembali menontonnya sampai dua, tiga, empat atau lima kali. Perkembangan itu sangat luar biasa bagi sebuah filem yang ditayangkan di luar musim panas," kata Bock.

Prestasi menakjubkan pada hujung minggu itu dicapai ketika Avatar meraikan kejayaannya memenangi kategori drama terbaik dan pengarah terbaik pada majlis Anugerah Golden Globe di Beverly Hills pada Ahad lalu.

Kejayaan tersebut mengesahkan status Avatar sebagai filem pilihan untuk memenangi anugerah Oscar nanti. - AFP

0 comments: