.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Thursday, January 21, 2010

0 Isu kalimah: Idea yang baik dan sokong untuk dibawa bincang

Sumber: BH:

Khalid Samad cadang enakmen dipinda benar bukan Islam guna kalimah


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor 1988 dikaji semula bagi membolehkan perkataan yang dilarang digunakan bukan Islam dipakai semua pihak mengikut kesesuaian.

Sambil menyifatkan undang-undang sedia ada ketinggalan zaman, beliau berkata enakmen yang dikuatkuasakan berhubung isu kalimah Allah adalah undang-undang pentadbiran keagamaan yang bukan hukum bersifat mutlak dan boleh diubah mengikut keadaan dan masa.

"Ketika enakmen berkaitan penggunaan perkataan dan kalimah dalam Islam ini diluluskan, mungkin tahap kefahaman umat Islam mengenai agama sendiri begitu lemah sehingga mereka perlu dilindungi sebegitu rupa.




"Namun ia boleh dikaji kembali daripada semasa ke semasa dan sekiranya kefahaman umat Islam semakin mantap, tiada sebab kenapa enakmen terbabit tidak boleh dikaji semula dan diubah suai," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan isu ceramah disampaikannya pada 12 Januari lalu bukan satu tindakan mencabar atau memperlekeh kedudukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid berkata, pengharaman penggunaan kalimah Allah dan kalimah lain oleh bukan Islam adalah satu tindakan bersifat "politik berlandaskan syarak" bagi mengelak kekeliruan dan pergeseran, tetapi kekeliruan yang mungkin timbul itu boleh diatasi dengan meminimumkan golongan yang boleh dikelirukan.

Khalid turut mengulangi cadangan supaya barisan kepemimpinan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berkelayakan selaras perubahan kerajaan negeri ini sekarang.

"Saya yakin kepentingan Islam dan umat Islam di negeri ini akan lebih terbela jika Jais dan Mais dipengerusikan mereka yang berpengetahuan agama dan bebas daripada kefahaman politik selain politik Islam.

"Ramai lagi yang lebih berkelayakan untuk mengisi jawatan di Jais dan Mais seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Haron Din. Kita perlu meletakkan mereka yang terbaik untuk mencapai hasil terbaik," katanya.

0 comments: