.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 19, 2010

0 CIMB sasarkan jualan 300j, apa produk yang anda boleh jual untuk merai 1j?

Sumber: UM:

CIMB sasar jualan RM300j produk


LEE K. Kwan berjabat tangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Muzaffar Hisham (tengah) sambil diperhatikan oleh Chu Kok Wei selepas melancarkan produk terbaru syarikat tersebut di Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 18 Jan. - CIMB Islamic yang melancarkan produk pelaburan The Best of Asian Giant Access NID-i hari ini, menyasar jualan berjumlah RM300 juta menjelang tarikh tutup pada 3 Februari ini.

Ketua Produk Struktur dan Perbankan CIMB Investment Bank, Chu Kok Wei berkata, produk pertama dilancarkan pada tahun ini menawarkan peluang pelaburan di China dan India serta dalam komoditi.

Meskipun begitu, produk terbaru itu berbeza dengan pelaburan-pelaburan lain kerana ia menawarkan dua cara untuk memperoleh pulangan lebih tinggi.

Dua cara itu adalah akses langsung dalam pelaburan di China dan India melalui sejumlah indeks pelaburan dan satu lagi akses tidak langsung melalui sejumlah syarikat antarabangsa yang beroperasi di kedua-dua negara berkenaan.

''Akses langsung membabitkan Dana Dagangan Pertukaran Indeks Saham-H, Indeks MSCI India dan Indeks Pulangan Lebihan GSCI S&P.

''Manakala, akses tidak langsung pula melalui penyertaan saham multinasional tersenarai di luar China dan India seperti Nike, Hewlett Packard, Nokia, BHP Billiton, Unilever dan Yum!.

''Keunikan strategi pelaburan ini adalah pelabur tidak perlu membuat pilihan tetapi sebaliknya boleh menyertai kedua-dua akses secara serentak,'' katanya pada taklimat produk pada majlis pelancaran The Best of Asian Giant Access NID-i di sini hari ini.

Produk itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbendaharaan dan Pelaburan Kumpulan CIMB, Datuk Lee K. Kwan.

Kok Wei berkata, dengan pelaburan sekarang-kurangnya RM65,000 dan tambahan dalam gandaan RM5,000 para pelabur diberi pilihan untuk melabur sehingga lima dan tujuh tahun.

Katanya, struktur lima tahun sesuai bagi pelabur yang inginkan dividen terlindung tahunan dan dividen ditawarkan adalah berubah-ubah dengan potensi tidak terbatas sambil menikmati perlindungan modal.

Struktur tujuh tahun pula sesuai bagi pelabur yang mahukan dividen berubah-ubah dengan berpotensi tidak terbatas yang tinggi dan perlindungan modal.

Katanya, produk itu menawarkan perlindungan prinsipal dan keuntungan perlindungan petunjuk pada purata 1.10 peratus setahun bagi struktur lima tahun.

''Bagi struktur tujuh tahun pula, produk ini menawarkan kadar lebih tinggi bagi mengeksploitasi peluasan ekonomi kedua-dua negara,'' katanya.

Sementara itu, Kwan menambah, sejak krisis ekonomi, ekonomi China dan India telah mengalami pemantulan yang kukuh dan pulih lebih awal dari negara-negara membangun.

Setakat 8 Januari lalu, penanda aras indeks bagi China dan India, masing-masing meningkat sebanyak 60 peratus dan 80 peratus sejak 1 Januari lalu.

The Best of Asian Giant Access NID-i boleh didapati di semua cawangan.

0 comments: