.bubble-comment-count{ background:transparent url(http://tinyurl.com/yd7yycn) no-repeat; float:right;top:0; font-size:11px; font-family:Arial, Helvetica, sans-serif; font-weight:bold; height:31px; width:34px; text-align:center; margin-left:10px; padding:4px 0 0 3px; }

Tuesday, January 19, 2010

0 Cerita penembak Pope John Paul di Utusan Malaysia

Sumber: UM:

Lelaki cuba bunuh Pope dibebaskan
ANKARA 18 Jan. - Lelaki Turki yang cuba membunuh Pope John Paul II pada 1981, Mehmet Ali Agca (gambar) dibebaskan dari penjara hari ini selepas hampir 30 tahun dipenjarakan.

Prosedur pembebasan sudah selesai dijalankan, kata peguam Agca, Yilmaz Abosoglu di luar sebuah penjara kawalan ketat dekat sini, di mana sekumpulan wartawan menunggu Agca, 52, keluar dari pekarangan penjara.

Satu laporan hospital tentera pada 2006 menyatakan dia tidak sihat untuk menjalani khidmat kerahan tentera disebabkan 'gangguan personaliti antisosial yang teruk'.

Agca ketika berusia 23 tahun merupakan seorang militan pertubuhan pelampau berhaluan kanan, Grey Wolves yang diburu oleh pihak berkuasa Turki atas tuduhan membunuh.

Dia kemudian muncul semula di Dataran Saint Peter di Rom pada 13 Mei 1981 dan melepaskan tembakan ke arah John Paul II semasa menaiki sebuah kenderaan terbuka.

John Paul II cedera parah di perut dan Agca meringkuk di dalam penjara Itali bagi tempoh 19 tahun berikutnya.

Motif serangan masih menjadi misteri. Agca mendakwa serangan itu adalah diperintah oleh Tuhan dan dia sering memberi kenyataan bercanggah, kerap mengubah ceritanya dan memaksa penyiasat membuka berpuluh-puluh siasatan.

Dakwaan bahawa Kesatuan Soviet dan Bulgaria mendalangi cubaan membunuh itu tidak dapat dibuktikan.

Pada 2000, Itali memberi pengampunan kepada Agca dan mengekstradisikannya ke Turki, di mana dia didapati bersalah atas tuduhan membunuh wartawan terkemuka, Abdi Ipekci; melakukan dua rompakan bersenjata dan melarikan diri dari penjara, kesemuanya jenayah yang dilakukan pada 1970-an. - AFP

0 comments: